Wednesday, February 25, 2009

-hentikan tangisan Mu-


hentikan tangisan mu....arnIda....smnjak dua menjak nie, aku terlalu emosi.....silap skit jaa mesti merambu ayaq mata.. tak tahu pasepa....kdg-kdg gasa hidup nie sEpi, kosong sngt...........
hari-hari yang di lalui adalah sama.........
dengan nak makan pun payah...asyik menugai, meloya.....
perot lapaq...tekak takleh terima.......
badan lesu ja.........YaALLAH kuatkan semangat aku...UNTUK tempuhi dugaan nie semua...tak sabaq nak tgg pelepasan 14 minggu pretnency....banyak yg kata pas 14 minggu......mesti dh ok dari...alah-alah nie........mudah-mudahan mcm tula.....

nak makan paling siksa, bila mai lapaq nak sngt makan.....tapi aduh...tak sume makan boleh telan...kn tgk tekak...leh masok ke tak....huuuhuuhu..awai-awai dl tak terok mcm nie.....tapi nie makin meningkat minggu makin menjadi.....huuhhhuhu uwarghhhhhhhhhh

Saturday, February 21, 2009

-SepetanG bersaMa baKaL BoMBa-

herm..kali nie nak citer pasal adik aku yg no.2 MOHD KAMAL OTHMAN.......bakal beerkhidmat dengan Bomba Airport....
aduh..memula sampai tadi. mcm tak percaya tu adik haku....mak ai....dh itam legam....muka tak sehensem mcm sblm nie...dengan pala botak....kulit itam legam.....memula sampai...dia dok renyeh lagi...tapi sbnaqnya hati perasaan dh bercampor baur dh tue......maklomlaa tak pnh berenggang dengan famili tambah-tambah lagi jauh dengan mama ngan bapak......

elok dh p paking keta, mama p laa dekat dia... bapak p lapor diri...aduh...saat menyedihkan....dia dr jauh nampak mama dok jalan....hentam qeyau dah......pelok laa mama cam setahun tak jmpak...nampak sngt dia RINDU mama........aku plak susul dr blakang dengan hubby.......elok smpai depan dia....tahan nie janganlaa ayaq mata turun nie...sebab kat situ qamai gak org.......tgk dia dok nangis lg..paham tu..perasaan dia...bercampor baur..........dh siap salam sume...kami p cr port nak makan......mama mula laa bukak bekai dia untuk jamu kat anak teruna kesayangan dia...........dok sat, bapak plak sampai....sapa kamal......aduh, skali lagi ayaq mata turun basah pipi dia....kali nie nampak nangis sungguh....gamaknya......rindu dendam sungguh dia dgn bapak...bapak pun nangis juga....aku tahan jaa.....kover=kover ushar tempat len..........
pas dh ilang rindu dendam dia dkt mama bapak.....mama dok jamu dia makan.....mula laa mcm-mcm dia bercerita pengalaman dia jadi pelatih bomba airpot....di bayan lepas....aduh...leh tahan juga training dia.....sian adik aku......apa-apapun aku harap pas nie...sume nie jadikan KENANGAN indaH untuk diri adik aku...dia dh lega dapat gheja tetap......senang masa depan.....bertuah sapa dapat dia.....apa-apapun kat sini aku ada buh gambaq-gambaq dia.....len sngt........- MeNjaMu selera bawah Pokok saWit-

-dh leh senyum dh, pas ilang rindu dengan mama & bapak-

rindu dekat dia..kalo dak diaa laa ghajin mengusik kat qumah....laa sunyi jaaa


- dua beradik yg banyak beza.......kakLong TembaM, KamaL itam....ekekkee-

Friday, February 13, 2009

12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan
tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg
menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".


Barisan ke-2:

Di iringi dari kubur
dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg
meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.


Barisan ke-3:

Di iringi dari kubur dgn

bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking

"mereka adalah orang yg
enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.


Barisan ke-4:

Diiringi dari kubur dlm

keadaan darah memancut keluar dari mulut

"Mereka adalah antara orang yg
suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:

Diiringi dari kubur

dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai
ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang
menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:

Diiringi dari kubur dengan

keadaan kepala terputus dari badan
mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:

Diiringi dari kubur

tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka.
Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:

Diiringi dari kubur

dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas.
Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".


Barisan ke-9:

Diiringi dari kubur
dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:

Diiringi dari kubur
dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:

Diiringi dari kubur
dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg
minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:

Diiringi dari kubur
dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg
beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga
menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang
sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang
tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang
manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"
Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang
kaya?
Orang yang kaya adalah
orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang
miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang
rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang
paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai
akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai
rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah
orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai
rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah
orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang
mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah
mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


Tuesday, February 10, 2009

majLiZ doa SeLamaT

Herm..hampir dua bulan dh dok menyewa dekat bertam perdana....so,barula berkesempatan adakan majlis doa selamat.....kebetulan pulak buat sekali sambut hari ulangtahun bapa' mertua di rumah aku.....happy nya qamai tetamu yg mai........antara tetamu yg hadir.............


UsTad BErteMu UsTad


makTeh pah + bOy turut serta



Thank's To kak ILia bg kami KeK "CongRatuLAtions"






Jiran sebelah rumah dengan asu [MursYidah]
"mengah dh menJamu selera"



-riuh rendah dengan anak - anak menakan, ipaq duai...-


kakak-kakak & abg ipar, anak menakan dan Ibu Mertua

30 - Larangan untuk wanita

1. Menyambung rambut palsu

2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi

3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi

4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lalaki lain

5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama

6. Membuka rahsia hubungan suami isteri

7. Berpuasa sunat tanpa izin suami

8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami

9. Derhaka kepada suami

10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas

11. Mengingkari kebaikan suami

12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram

13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya

14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram

15. Menyerupai lelaki

16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami

17. Memandang aurat wanita lain

18. Keluar rumah tanpa ada keperluan

19. Masuk permandian awam

20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah

21. Meratapi kematian

22. Berhias atas meninggalnya seseorang

23. Menghantar jenazah

24. Mempercayai dukun dan peramal

25. Menyumpah anak-anak sendiri

26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim

27. Menganiaya pembantu

28. Mengganggu jiran

29. Minta cerai kerana suami sakit

30. Minta cerai kerana suami menikah lagi




Tuesday, February 3, 2009

-HaLba-

Rasulullah saw bersabda :

' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup
tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine

- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu


5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.


Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib
China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

MANA NAK DAPAT Halba

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya.


hujung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cinta HaLaL

Daisypath Anniversary tickers

KakaK

Lilypie Kids Birthday tickers

KaknGAH

Lilypie Kids Birthday tickers

Adik Baby

Lilypie First Birthday tickers

BekhidmaT

Daisypath Anniversary tickers

Mama Sntiasa Di Hati

Lilypie Angel and Memorial tickers
 

Takdir itu milik aku !!! Template by Ipietoon Cute Blog Design