Thursday, June 17, 2010

saYang

Macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.


Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?


Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?


Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

9 Mata BOOooLaT sedang meMbeLiak:

Siti Shuhadah Zainol said...

tempias la entry ni kat shu...hehehe....

sayangilah org yg sayangkan kite tu... kalau terlepas.. susah oooo nak cari yg sama ngan yg dok ada..huhuhu...

-NiD's- said...

hahahahha..oleh itu hargai ok....sokni dh terlpes payah dh nak dpt peganti.....

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

hargailah insan yang ada di sekelilingi kita moral of the story..ehhehe

-NiD's- said...

KAKYUS= btoi tuh HARGAI insan yg ada depan mata kita..sok-sok ni bila dh takda....dh tak da guna nak menghargainya........

nida hargai UKHWAH PERSAHABATAN kita even jmpak dalam dunia blogger ja....
love u so Muchhh bebeh.....

MiYOKO TACHIBANA said...

iye..appreciate n bersyukur ngan ape yg kite ade skang...jgn sampai kite menyesal di kemudian hari..

thanks, nida..share cite nii.. :)

-NiD's- said...

welcome DEAR.....btoi apa yg titin kata...seriusLy...
selalunya MANUKSIA ni takreti besyukur dan menghargai...
tp bila dh ilang....barulaa nak gedikzzz bagai....adeiiihhh

sama-sama kita menghargai dan mensyukuri nikmat yg di beri....

lady XOXO said...

SIS NIDA : wina suka yang nie besh ar entry nie... betoi sis.. lagi2 wina suka yg part...
"Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang".

Wina pernah couple ngan seseorg sebelom DADA.. 4 tahun tau sis.. tapi tak kesampaian d sebabkan hal2 tertentu.. tapi wina yg mintak off.. MMG dia cayang wina dan wina cayang dia.. tapi cayang ja tak cukup klu nk BERCINTA ja tapi tak da PERANCANGAN MASA DEPAN... terbukti CINTA kekadang menyakitkan... tapi wina HARGAI aper depan MATA... ahhahah.. merapu jap d page sis nie.. tak per kan.. so mcm sis kata jgn menoleh kebelakang... mmg ada kebahagiaan bersama yang lama.. tapi bila dipikirkan.. sampai bila nak ENJOY... DUNIA tak lama... NOPE NOPE insyallah wina tak toleh belakang.... sebab wina terima SYAM seadanya dan yang lepas hanya SEJARAH.... CINTA saja tak cukup klu tak bersungguh... dan tak da HALA TUJU...

-NiD's- said...

tuhlaa kdg-kdg etiap yg TERJADI ADA hikmah....so, hargai ok....apa yg ada depan mata kita..yg pasti
BERTEMU KERANA ALLAH, berpisah jua KERANA ALLAH....pasti khidupan kita tenang dan dirahmati olehnya.....

dan pengganti yg hilang lebih baik dr sblmnya...INSYA'ALLAH

lady XOXO said...

INSYALLAH.. penganti yang dijumpai ini INSYALLAH sis... tak berani mengotakan aper... tapi LIFE MUST GO ON.. betoi... BERTEMU & BERPISAH KERANA ALLAH... ALLAH MAHA ADIL sis.. klu kita tak da jodoh dgn beliau.. mesti ada HIKMAHNYER... love u ar sis.. da BOOM

hujung

Cinta HaLaL

Daisypath Anniversary tickers

KakaK

Lilypie Kids Birthday tickers

KaknGAH

Lilypie Kids Birthday tickers

Adik Baby

Lilypie Second Birthday tickers

BekhidmaT

Daisypath Anniversary tickers

Mama Sntiasa Di Hati

Lilypie Angel and Memorial tickers
 

Takdir itu milik aku !!! Template by Ipietoon Cute Blog Design