Wednesday, November 3, 2010

Beruntungnya menjadi wanita Islam!

ya ALLAH bertuahnyaa saya menjadi seorang wanita...syukur pada mu ya RABBB.....rupanya darjat seorang wanita diangkat tinggi oleh ALLAH S.W.T....

HEBATKAN menjadi seorang WANITA.....
jangan tak tahu, kerana tangan wanita yg menghayunkan buaian  bisa gegarkan Dunia.......auchhhh

Photobucket
(gambar ehsan de En.gOogle)


ISLAM MENGANGKAT DARJAT WANITA

Mengutamakan ibu ke atas bapa.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?”

Baginda menjawab, “Ibumu!”

Lelaki itu terus bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Lelaki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Sekali lagi lelaki itu bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bapamu!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Anak perempuan menjadi penyelamat di akhirat.
“Barang siapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya dari api neraka.” (Riwayat Bukhari) Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan.

Wanita bukan hamba lelaki tetapi setaraf dari segi nilai kemanusiaan bagaikan adik beradik.  
  
“Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki.” (Riwayat Abu Daud)



Amal soleh wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf.
 “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.” 
(Surah al-Nisa’: 124)



Hak wanita diiktiraf.
Umar al-Khattab r.a. berkata, “Pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikitpun. Tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami.”


sumber: FACEBOOK - Ustaz Zahazan Mohamed

7 Mata BOOooLaT sedang meMbeLiak:

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

sangat2 bersyukur dengan kurnianNYA

-NiD's- said...

tuhlaaa akak,nida PUN BESYUKUR sngt=sangt dikurniakan menjadi seorang wanita......

Shu Shinju said...

untungnya saye menjadi wanita islam......alhamdulillah....

Dee said...

syukur alhamdulillah..

POSH76 said...

mmg banyak kelebihan senang untuk mencari pahala & senang jugak untuk mendapat dosa...renung2kanlaaa

lady XOXO said...

ALHAMDULILLAH.. saya bersyukur pada ALLAH sebab menjadikan saya sebagai WANITA ISLAM... beruntung nya kita semua... nice info dear sis...

IBU WAFIQ said...

alhamdulillah..tapi takut pun ade..yg sy tahu seorang lelaki akan terhenti langkahnya masuk syurga dek kerana anak perempuan,kerana isteri,kerana adik beradik perempuan,kerana ibunya..semuanya akan ditakwil..andai sy salah info tolong betulkan..

hujung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cinta HaLaL

Daisypath Anniversary tickers

KakaK

Lilypie Kids Birthday tickers

KaknGAH

Lilypie Kids Birthday tickers

Adik Baby

Lilypie First Birthday tickers

BekhidmaT

Daisypath Anniversary tickers

Mama Sntiasa Di Hati

Lilypie Angel and Memorial tickers
 

Takdir itu milik aku !!! Template by Ipietoon Cute Blog Design