Tuesday, December 14, 2010

Akal Wanita Senipis Rambutnya

Wanita, Akal Senipis Rambutnya...
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah, Masih mencari walau ada segalanya...

Apa yang tiada dalam Syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa...

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki...Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok akan menghasilkan bayang yang lurus?

Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T. Didiklah mereka dengan panduan dariNya...
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta, Kerana nantinya mereka akan semakin liar...Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, Kerana nantinya mereka akan semakin derita...

Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang paling kekal...Di situlah punca kekuatan dunia!!

Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu...
Hati serapuh kaca, kuatkan ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak...

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan melihat nilaian dan keadilan Tuhan...Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan bererti satu kelemahan..Ia bukan diskriminasi Tuhan, Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Tuhan...

Wanita lupa yang hakikat kejadiannya,Pasti tidak akan terhibur dan menghiburkan, Tanpa iman, ilmu dan akhlak...Mereka tidak akan lurus, Bahkan semakin membengkok...

Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal Tuhannya...Bila wanita menjadi derhaka, Pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara...

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, tapi binalah kepimpinan...Jinakkanlah dirimu kepada Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu...

Janganlah mengharapkan isteri semulia 

Fatimah Az-Zahrah, Andai dirimu tidak sehebat 
Saidina Ali Karamallahuwajhah.


- ingatan buat diriku yang sering lupa...


info dari FB ustazah SUMAIYAH SULAIMAN

5 Mata BOOooLaT sedang meMbeLiak:

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

gud info....thanks dear 4 the sharing

MiYOKO TACHIBANA said...

time kasih, nida... :)

muhasabah diri sebelum blk.. :)

Muhamad Nor @ Mamat @ Putra said...

nice la kak long (^_____^)

Dee said...

wow..mendalamnya...good info sis..

Mimy Hamid said...

bestnya entry ni...terharu

hujung

Cinta HaLaL

Daisypath Anniversary tickers

KakaK

Lilypie Kids Birthday tickers

KaknGAH

Lilypie Kids Birthday tickers

Adik Baby

Lilypie First Birthday tickers

BekhidmaT

Daisypath Anniversary tickers

Mama Sntiasa Di Hati

Lilypie Angel and Memorial tickers
 

Takdir itu milik aku !!! Template by Ipietoon Cute Blog Design