Saturday, December 11, 2010

Pergantungan Kepada Allah Satu Kemenangan

Selalunya manusia rasa cukup dan selamat kalau  ada duit, ada pendapatan tetap, ada suami, ada kekasih, ada anak, ada pangkat, ada harta, ada bisness, ada insuran, ada senjata, ada sekuriti, ada kuasa  dan macam-macam lagi jawab manusia, menyandarkan hidup dan nasib pada makhluk dan perkara lahir.

Jarang kita dengar orang berkata:

"Aku rasa cukup dengan Allah... Allah sumber rezeki, sumber ketenangan dan tempat mengadu, kasih mengasihi, bermanja-manja dan merintih dan tempat bergantung hidup mati". 

Kalau ada seorang manusia yang berpendirian begitu, akan jadilah dia seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq yang yakin mengorbankan harta untuk Islam. Bila ditanya apalagi yang ada untuknya dan anak isterinya, dia menjawab "Allah dan Rasul".

Ertinya dia kata: Aku rasa cukup dan selamat kerana aku mempunyai Allah sebagai Tuhanku dan Muhammad nabiku. Ertinya lagi dia menjadikan Allah dan Rasul tempat untuk menyandarkan hidup dan matinya.

Kalau dia miskin, dia minta pada Allah dan mengadu pada Allah, dia yakin Allah dengar, Allah simpati dan Allah akan tenangkan hatinya. 

Kalau dia dalam kesusahan Allah jua tempat minta tolong, dia yakin Allah boleh menolong dan memang Allah boleh dan akan beri pertolongan.
kerana tahu segala keperluannya itu ada pada Allah

kalau dia rasa keseorangan, maka Allah ada untuk mengisi kekosongan. Dia berbisik-bisik dengan Allah, menyatakan kelemahan, kekurangan, dan mengharapkan belas kasihan.

D waktu lain, dia menghadap ke hadrat Allah dengan penuh kasih, rindu dan penyerahan diri.
Pendeknya Allah mempunyai segala-galanya
Tempat paling layak untuk meletakkan pergantungan dan cinta agung

Itu semua menjadikan dia rasa dialah orang paling bahagia,
Menjadi orang yang hati dan rohnya sentiasa berhubung kuat dengan Allah dan Rasul
dan jadilah dia orang Allah dan Rasul dan itulah sebenarnya orang bertaqwa, 
rahsia kekuatan umat Islam yang sebenar..
dan dia telah membenarkan bahawa pergantungan kepada Allah satu kemenangan...

info dari FB ustazah SUMAIYAH SULAIMAN

6 Mata BOOooLaT sedang meMbeLiak:

Shu Shinju said...

nice enty...

kadang2 manusia bila dlm kesusahan jer baru nak minta pertolongan dari ALLAH...right??

Muhamad Nor @ Mamat @ Putra said...

bile hati gundah saat kite di belenggu masalah,and kite berdoa pd Dia, pastu mesti kite rase tenang je :).. dalam kite masalah pun ade nikmatnye ek.. ketenangan hati ..

p/s : hype along :).. leh ke mamat pgl kak nid along ? :$ .. hope kak nid sentiasa di rahmati sekeluarga :).. Amin~

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

wah new look la kat atas tue..sangat cantik...

bagus n3 nie...sangat muhasabah diri kita semua..

CGG said...

kak..nice header..
agreed kak:)

Dee said...

nice entry..nice header..terus rasa diri ini kerdil sgt2..

maCy said...

nice header kak. baru ea?
huhu

thx utk perkongsian berisi ni :)

hujung

Cinta HaLaL

Daisypath Anniversary tickers

KakaK

Lilypie Kids Birthday tickers

KaknGAH

Lilypie Kids Birthday tickers

Adik Baby

Lilypie First Birthday tickers

BekhidmaT

Daisypath Anniversary tickers

Mama Sntiasa Di Hati

Lilypie Angel and Memorial tickers
 

Takdir itu milik aku !!! Template by Ipietoon Cute Blog Design