Tuesday, January 25, 2011

NiLai Cinta..

ok....chup..sebelum mata sume pakat melekat mcm ada gamm..jom nak share skit kat sini..tips saat menilai cinTa....mcm best jaa kan....... NiLAi Cinta keyh..bukan NILAI NEGERI SEMBILAN tuh..ehehehehhehe.
tips ni dapat dari kosmO......best atiKeL nie....sekali-sekala kena gak ada part NiLia cinta.... sama ada paras bahaya atau paras selesa...heheheheh

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.


sekian.......dengaq tuh..CINTA TERPAKSA BAWAK pada DUKA..so, elAkan becinta tepaksa erk....hehehehhehehe..zaman dh maju nie ada g kaaa kes cinta TERPAKSA....ish..ish..ish...

6 Mata BOOooLaT sedang meMbeLiak:

MiYOKO TACHIBANA said...

betui betui betui...

dulu, pakai tdung bwal --> skang shawl...

dulu pakai spek --> skang contact lense..

Dee said...

thx for the tips dear..

NeenaAnuar said...

nice post sweetie! ;)

mekchu said...

ni.1 tu susah skeett..... hehehehe..

Shu Shinju said...

wow... nice entry..& suka komen tin...:)

Mimy Hamid said...

cinta ku 100 percent..hehe

hujung

Cinta HaLaL

Daisypath Anniversary tickers

KakaK

Lilypie Kids Birthday tickers

KaknGAH

Lilypie Kids Birthday tickers

Adik Baby

Lilypie Second Birthday tickers

BekhidmaT

Daisypath Anniversary tickers

Mama Sntiasa Di Hati

Lilypie Angel and Memorial tickers
 

Takdir itu milik aku !!! Template by Ipietoon Cute Blog Design