Wednesday, February 2, 2011

Wanita dan penyakit Tiroid

Info Kesihatan : Penyakit Tiroid

Kelenjar tiroid menghasilkan hormon beriodin yang mengawal
kadar metabolisme badan. Iodin diperlukan dalam diet untuk
fungsi normal kelenjar tiroid. Kekurangan iodin dalam badan
boleh menyebabkan penyakit goiter iaitu pembesaran
kelenjar tiroid.


Hipotiroidisme digunakan untuk keadaan kelenjar tiroid yang kurang
aktif dari normal. Ini menyebabkan penurunan kadar metabolisme badan.
Simptom yang terlibat termasuklah goiter, keletihan,
pertambahan berat badan, mudah berasa sejuk, sembelit serta kulit dan
rambut yang kering. Hipotiroidisme lebih kerap berlaku dalam golongan tua.
Hipotiroidisme boleh menyebabkan peningkatan paras
kolesterol darah dan penurunan keupayaan penukaran beta karoten
kapada vitamin A. Ini menyebabkan pengumpulan karoten dalam darah
dan tisu yang memberikan
warna jingga kekuningan kepada kulit.

Tip Rawatan:
Memperbanyakkan = makanan kaya dengan iodin
seperti ikan air masin dan rumpai laut.

Mengurangkan = kobis, turnip, kacang tanah dan
mustard yang menghalang penggunaan iodin oleh
badan.


Hipertiroidisme digunakan untuk keadaan kelenjar tiroid yang terlampau
aktif di mana kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid secara berlebihan.
Hipertiroidisme lebih kerap berlaku dalam wanita berbanding lelaki.
Simptom yang terlibat termasuklah peningkatan kadar denyutan jantung,
kehilangan berat badan, keletihan, peningkatan selera makan,
irritabiliti, berpeluh, mudah berasa panas, mata tersempul dan goiter.
Hipertiroidisme meningkatkan kadar metabolisme. Ini menyebabkan
penggunaan kalori dan nutrien yang lebih cepat dari normal.
Punca hipertiroidisme biasanya dikaitkan dengan kehadiran antibodi
yang merangsang sel tiroid.

Tip Rawatan: 

Memperbanyakkan
makanan yang kaya dengan vitamin B seperti ikan,
bijirin dan benih untuk
mengatasi masalah kehilangan berat badan.
makanan kaya protein seperti ikan dan telur untuk penggantian
tisu otot dalam
kes kehilangan berat badan yang serius.

Mengurangkan
rokok, alkohol dan kafein yang dapat meningkatkan kadar metabolisme.





apakah saya terkEna penyakit nie>????
YA ALLAH permudahkan segalanya... hanya padamu KUBESERAh :
info dr sini

6 Mata BOOooLaT sedang meMbeLiak:

Marsha~ said...

akak ade thyroid masa pregnant ariq tuhari dan dah ekna buang pon... skrg kena makan ubat sampaile mati. hehehe

ratusiput said...

mak akak tiroid.adik lelaki mak akak pun tiroid tp dh meninggal...stakat ni adik badik akak lum ade yg kena.dan hrp2 dijauhkan..

Lady of Leisure said...

kalau berat badan turun mendadak pun risau gak kan..

NeenaAnuar said...

insyallah... akak berdoa semoga nida dijauhi dari segala penyakit dan dikurniakan kesihatan yg sihat sejahtera hendaknya.. aminnn...

maCy said...

saye ta merokok. saye ta suke cafein. huu

bdw, macy suke sgt pic kt header tu kak :)

eLLy said...

Thanks for the info,

Minta di jauhkan tapi jika TERkena ingatlah pasti ade hikmah di sebalik kejadian

hujung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cinta HaLaL

Daisypath Anniversary tickers

KakaK

Lilypie Kids Birthday tickers

KaknGAH

Lilypie Kids Birthday tickers

Adik Baby

Lilypie First Birthday tickers

BekhidmaT

Daisypath Anniversary tickers

Mama Sntiasa Di Hati

Lilypie Angel and Memorial tickers
 

Takdir itu milik aku !!! Template by Ipietoon Cute Blog Design