Thursday, April 21, 2011

"kasih ibu Hingga HuJUng Nyawa"

PENAGA - Hasrat seorang ibu Magnah@ Maznah Din untuk berjumpa dengan anak kesayangan yang terpisah lebih tujuh tahun lalu sebelum menutup mata akhirnya dimakbulkan Tuhan apabila mereka dipertemukan, semalam.

Namun pertemuan yang diharap akan berkekalan itu menjadi sebaliknya dan hanya sempat berlangsung selama empat jam sebelum si ibu menutup mata untuk selama-lamanya meninggalkan si anak, Yusnizar Md Don, 39, bersedih sendirian kerana belum puas melepaskan rindu.

Kisah Magnah @Maznah, 63, yang kerinduan untuk bertemu anaknya yang dibawa lari menetap di Bangladesh oleh menantunya, seorang warganegara itu pernah disiarkan beberapa kali oleh akhbar ini sebelum ini.

Malah kebimbangannya itu pernah mendapat liputan meluas di kaca televisyen membuatkan beberapa orang berpengaruh di daerah ini cuba membantu membawa pulang Yusnizar namun semuanya mengalami kegagalan disebabkan beberapa dokumen pentingnya telah dimusnahkan suaminya.

Magnah@Maznah membuat rayuan sedemikian selepas mendapati Yusnizar yang berkahwin di Malaysia pada tahun 2002 sebelum dibawa lari menantunya ke Bangladesh dua tahun kemudian meminta diselamatkan kerana tidak tahan lagi hidup di sana selepas memaklumkan kebajikannya terabai.

Tindakan Magnah@Maznah juga didorong oleh perasaan bimbang tentang keselamatan anaknya itu apabila dimaklumkan dia juga menjadi mangsa belasahan warganegara Bangladesh itu sejak menetap di sana.

Selama berkahwin pasangan itu mempunyai dua anak, yang sulung perempuan berumur sembilan tahun dan kedua lelaki berusia enam tahun yang kini telah diberikan taraf kerakyatan negara itu manakala Yusnizar masih berstatus pendatang kerana ketiadaan dokumen.

Seminggu lalu, selepas Magnah@ Maznah jatuh sakit, suaminya Md Don Ya, 64, beserta anak saudaranya, Mustaffa Ariffin, 38, meminta bantuan Kedutaan Malaysia dan Jabatan Imigresen di Bangladesh untuk membawa pulang Yusnizar ke Malaysia.

Akhirnya dengan bantuan pihak berkenaan Yusnizar tiba di Kuala Lumpur Selasa lalu sebelum berkesempatan bertemu ibunya yang ditempatkan di Hospital Bukit Mertajam sehari kemudian.

Namun pertemuan mereka sempat berlangsung empat jam sahaja apabila Magnah@Maznah menghembuskan nafas terakhirnya semalam.

Yusnizar yang ditemui ketika pengebumian ibunya berkata, dia menyesal kerana termakan pujukan suaminya untuk dibawa pulang ke Bangladesh tujuh tahun lalu.

“Bagaimanapun, saya mengucapkan syukur kerana diberi kesempatan Tuhan untuk bertemu ibu,” katanya yang pulang bersendirian ke Malaysia dan meninggalkan dua anak dijaga suaminya di negara berkenaan.

Yusnizar yang ditemui bagaimanapun enggan ditemu bual berkaitan kisah silamnya dan kini hanya ingin mengambil peluang menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di sini.

Menurutnya, dia mungkin akan kembali semula ke Bangladesh untuk bertemu anaknya dan dalam masa sama berharap kerajaan dapat membantunya mendapatkan semula pasport dan beberapa dokumen penting bagi memudahkan urusannya untuk pulang menetap semula di Malaysia suatu hari kelak.

Jenazah ibunya dibawa pulang ke rumah saudaranya di Kampung Baru, Penaga dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di pekarangan Masjid Permatang Rambai di sini, pada sebelah petang.



Keratan AKHBAR SINAR hari ini....HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA sedihnyaaa....takleh bayang betapa RINDUNYAAAA seoRang ibu pada anak yg dia kandung sembilan bulan...... yg dibesarkan dr kecik sampai ke besaq...huwaaaaaaaaaa ................

Masa saya sampai semalam, jenazah sedang di mandikan...sikit pun KAK JA tak beganjak dr sisi matehnah.....!!!!! sambil mandikan sambil menitiskan air mata.... hanya yang mampu tatap wajah ibu yang dah KAKU......hanya doa mengiringi segalanyaa... palin sedey, time mak dia nak dikafankan.......KAK JA SEpara LEMBIK...lesu, pucat ...di wajahh tegambar 1001 kekesalan......YA ALLAH, hebatnyaa ujian kau beri pada KAK JA, sedangkan aku yang kehilangan IBU MERTUA pun meratap syahdu...ni kan pula IBU yang mengandungkan selama 9bulan......!!!!! "janji ALLAH, dalam masa 4 jam dia datang wad jengah si ibu.....selepas beberapa jam kemudian, jam 9.30 pagi bersamaan 20 APRIl...si ibu pergi buat selama-lamanyaa...PERGINYA TAK KEMBALI lagi.....pergi bersama RINDU yang tertanggung kepada si anak selaman ini..........

yang pergi tetap PERGI...yg HIDUP teruskan PERJuangan,.......MOga MAKTEH nah ditempatkan di kalangan para SOLIHIN dan rohnya di cucri rahmat..."ALFATIHAH"

6 Mata BOOooLaT sedang meMbeLiak:

Shu Shinju said...

apa pon yg pasti sebelum arwah pergi mesti dia seronok sebab anak dia dah kembali ke pangkuan....

bertuah anak dia tu..dapat jumpa walaupon hanya 4 jam...

al-fatihah tuk arwah...

Dee said...

mujur juga sempat jumpa..dia pergi dengan hati yang tenang..percayalah..

al-fatihah utk arwah..

zati embong said...

Al fatihah utk arwah

hajat arwah tercapai sebelum tutup mata utk selama2nya.

munna said...

Al-Fatihah buat arwah...

alhamdulillah arwah sempat berjumpa dengan anak yang di rindunya...

POSH76 said...

sedih baca citer ni...tp sampai juga hajat arwah...alfatihah

ieda said...

syukur kerana arwah ibu sempat melihat wajah anak yg dikandung sebelum dijemput illahi ..
kak ja harus bersyukur kerana di beri kesempatan utk menatap wajah ibunya .. alhamdulillah arwah ibu pergi dengan tenang .. walau sekejap cuma ..

kita beruntung kerana mak dan ayah masih ada .. bayangkan anak2 yatim yg ditinggalkan ibu dan bapa , x pernah kenal kewujudan keluarga mereka .. mohon dijauhkan dari itu semua .. :(

hujung

Cinta HaLaL

Daisypath Anniversary tickers

KakaK

Lilypie Kids Birthday tickers

KaknGAH

Lilypie Kids Birthday tickers

Adik Baby

Lilypie Second Birthday tickers

BekhidmaT

Daisypath Anniversary tickers

Mama Sntiasa Di Hati

Lilypie Angel and Memorial tickers
 

Takdir itu milik aku !!! Template by Ipietoon Cute Blog Design