Tuesday, October 18, 2011

iSTeri

~sambei baca, sambei dngaq alunan music dr MAHER ZAIN...~
  • Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya sepertimana dia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

  • Isteri yang sentiasa menjaga aurat daripada pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri.Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

  • Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumahtangga mereka.Ini kerana sifat semulajadi itu,Allah anugerahkan kepada lelaki.

  • Isteri sedia memberikan kesetiaan,ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

  • Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami merasakan rumahtangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

  • Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya.Begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami.Isteri perlu memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah ataupun mengerjakan puasa sunat.

  • Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir.Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

  • Isteri sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan.Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

  • Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang,samada menerima nikmat ataupun dugaan daripada Allah.Sedia melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan ibu serta melaksanakan perintah Allah dengan tabah dan sabar.

  • Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.

  • Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan.

  • Isteri yang sentiasa menghias diri apabila dihadapan suami dan sebaliknya pula apabila ketiadaan suami.

  • Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami daripada keperluan dirinya sendiri.

  • Isteri yang sentiasa bersikap malu kepada suaminya,bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

  • Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu sewaktu suami hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman sewaktu suami pulang.

4 Mata BOOooLaT sedang meMbeLiak:

ratusiput said...

cuma kdg2 tu byk yg kite susah nak ikut sebab dah terbiasa ngan kehidupan harian.ehehehe...bilakah nak berubah ni...?slow2 la... :) insyaAllah kalau niat kite baik tuhan akan permudahkan...kan dear kan...

eLLy said...

GOOD info, nak buat dari mula sampai kebawah memang hurmmm...
tapi ade gak yg i buat :P

POSH76 said...

nak jadi isteri mudah...yang bab solehah tu yang payah....good info insyallah

Mama Gee said...

tq for sharing nida...
walaupun kadangkala hati terguris..namun mama berazam utk memberi yg terbaik krn besar ganjaranya buat kita sbg isteri...

hujung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cinta HaLaL

Daisypath Anniversary tickers

KakaK

Lilypie Kids Birthday tickers

KaknGAH

Lilypie Kids Birthday tickers

Adik Baby

Lilypie First Birthday tickers

BekhidmaT

Daisypath Anniversary tickers

Mama Sntiasa Di Hati

Lilypie Angel and Memorial tickers
 

Takdir itu milik aku !!! Template by Ipietoon Cute Blog Design