Thursday, December 8, 2011

Bukan mudah melayari rumahtangga

TERTARIK dengan n3 ni, lalu di share kan di blog picisan saya nie......untuk renungan diri sendiri dan untuk sume yg selalu singgah sini........ huhuhuh ya betoi apa si penulis gilakentang katakan...bukan mudah dalam ePisod PErkahwinan nieh.....terlalu banyak perngorbanan, penelitian yg harus dilakukan........memang jalan terbaik selalu beristiqarah,munajat dengan ALLAH TA'ALA.....moga dikurniakan JODOH yang baik  dan membimbing kita ke jalan ALLAH (:


Ya….tidak mudah. Berkahwin bukan hanya menuntut kehendak nafsu. Berkahwin memerlukan kesungguhan. Mampukah kita menghadapi orang yang sama yang belum tentu menepati citarasa kita seumur hidup?

Mudah sungguh anak muda melafaz janji sehidup semati. Di usia yang masih hijau muda. Baru bertunas dan belum berputik pun kematangan. Di usia belasan tahun. Bukan tidak ada yang berjaya. Ada juga yang berbahagia hingga ke akhir hayat. Tapi, pernah kah kita tanya mereka yang berjaya, apa yang mereka lalui?
Bukan hanya cinta. Bukan hanya sayang. Tapi mereka berteraskan iman. Mereka menjadikan taat dan setia, jujur dan amanah sebagai teras kejayaan mereka. Bukan mudah bertegas untuk semua itu.
Saya takut memikirkan anak-anak, lebih lagi anak saya semua perempuan. 

Sekarang, saya faham perasaan mak dan ayah saya. Mengapa mak selalu risaukan siapa pilihan hati saya. Alhamdulillah, dari beberapa lelaki yang saya temui, ALLAH telah jodohkan seorang yang sangat menghargai saya, dan tahu membimbing saya serta penuh dengan kasih sayang dijiwanya untuk saya.Rumahtangga saya pun masih baru. Baru melepasi tahun ke 6, beberapa bulan yang lalu. Untuk memahami dia, bukan mudah. Memahami diri sendiri juga tidak mudah. Ada kalanya, saya tidak tahu apa yang saya mahu. Tapi, bila saya duduk dan berfikir, kini hidup saya hanya untuk suami dan anak-anak. Saya hanya perlu ada satu tujuan,menjadi isteri solehah dan ibu mithali. Entah mampu saya capai, entah tidak. Semangat yang tenggelam timbul ini amatlah menduga melayari rumahtangga…..walaupun ALLAH telah menghadiahkan SUAMI YANG TERBAIK buat saya.

Saya ingin bertanya kpada adik-adik perempuan semua, bersediakah kamu menghadapi cabaran yang berbeza? Tidak sama cabaran setiap orang. Mungkin di awal perkahwinan. Mungkin ditengah perkahwinan. Mungkin di akhir hayat kita. Mungkin juga sepanjang kita bersama dia…..Persediaan yang saya maksudkan, bukanlah dari segi material, fizikal ataupun cinta. Persediaan yang perlu kita ada ialah dari segi mental dan hati. Ikhlaskah kita menerima kekurangan dirinya? Sediakah kita dengan reaksinya  bila dia melihat kekurangan yang ada pada kita?
BERSEDIALAH UNTUK MENJADI PENYABAR, PENYANTUN DAN PENYAYANG. Bersedialah meletakkan dia lebih atas dari ibu bapa kita. Kerana bagi seorang isteri, ALLAH AKAN REDHA BILA SUAMI REDHA PADANYA……


Renungkanlah adik-adik ku semua….
*Bila lihat anak-anak perempuan saya semua sudah membesar dan mula menjadi remaja….saya terdetik tentang perkara ini….risaunya saya melihat masa depan anak-anak yang saya tidak tahu, tapi saya wajib yakin pada ALLAH, jadi , saya berserah……

6 Mata BOOooLaT sedang meMbeLiak:

Mimy Hamid said...

betul setuju ngan kata kata nasihat ini..bukan senang nak bawa title isteri...cabaran bnyk..nak jadi penyabar penyayang pun payah..kadang terlalai ..terkandas jugak..apa yang penting layarilah rumah tangga dengan sabar...

| SUE | said...

dah nak due yer...semoga semuanya selamat dan dipermudahkan...

munna said...

Asalkan kita tahu hukum hakan dan saling bertolak ansur ..insyaALLAH rumahtangga akan aman

LiLy @ MumMyQiStInA said...

memang mencabar tugas sbg seorg isteri & ibu..kena sering bertolak ansur & saling memahami antara keduanye..

etiey.com said...

betull... bukan mudah melayari bahtera rumah tangga... moga rumah tangga yang dibina terus kekal hingga ke akhir hayat... amin

Pepel BoNda AmaNi said...

alam rumahtangga langsung xsama dengan zaman bercinta...banyak pengorbanan yang perlu di lakukan....

hujung

Cinta HaLaL

Daisypath Anniversary tickers

KakaK

Lilypie Kids Birthday tickers

KaknGAH

Lilypie Kids Birthday tickers

Adik Baby

Lilypie First Birthday tickers

BekhidmaT

Daisypath Anniversary tickers

Mama Sntiasa Di Hati

Lilypie Angel and Memorial tickers
 

Takdir itu milik aku !!! Template by Ipietoon Cute Blog Design