Tuesday, July 31, 2012

Mati-mengejut-

31Julai 2012
12rAMADHAN 1432Hijrah


JANGAN sesekali memandang ringan jika anda atau ahli keluarga terdekat mengalami simptom-simptom seperti sakit dada, sesak nafas, pening kepala dan mengalami palpitas iaitu denyutan jantung yang pantas, kuat atau tidak teratur.Tanda-tanda tersebut merupakan siren awal yang memberitahu seseorang itu menghidap penyakit arteri koronari.

Penyakit arteri koronari merujuk pada penyempitan dan penyumbatan arteri yang membekalkan darah kepada jantung melalui pengumpulan lemak dan kolesterol.

“Proses ini dipanggil koronari aterosklerosis yang menyebabkan peredaran darah lemah, miokardium anoksia dan juga miokardium nekrosis.“

Dalam kes yang teruk, pesakit boleh meninggal dunia disebabkan jantung terhenti secara tiba-tiba atau dikenali sebagai serangan jantung,” kata pakar runding kardiologi, Profesor Dr. Sim Kui Hian.Tambahnya, seseorang yang menghidap masalah penyakit arteri koronari juga biasanya akan berasa sakit di dada seperti rusuk dihimpit-himpit dan tidak kurang juga yang sakit di bahagian tangan kiri, siku dan perut.Kui Hian memberitahu, penyakit arteri koronari terjadi apabila berlakunya pengumpulan lemak, kolesterol, kalsium dan bahan lain dalam darah yang dikenali sebagai plak.

Pengumpulan plakApabila plak tersebut terkumpul ia dipanggil koronari aterosklerosis.“Pengumpulan plak ini selalunya berlaku dalam tempoh yang lama dan apabila ia mengeras, arteri akan tersumbat lalu menyebabkan peredaran darah menjadi lemah.

“Keadaan ini dinamakan aterosklerosis. Penyempitan arteri koronari ini menyebabkan darah beroksigen yang dihantar ke otot jantung berkurangan mengakibatkan sakit dada atau angina pektoris,” ujarnya.
Menurut Kui Hian, jika plak tersebut menghalang arteri koronari sepenuhnya atau pecah, ia boleh membawa kepada serangan jantung (infarksi miokardium).

Faktor risiko penyebab utama penyakit tersebut ialah tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, obesiti, merokok, kencing manis, amalan gaya hidup sedentari dan sejarah keluarga.

Bagi mengesan seseorang itu menghidap penyakit arteri koronari, seseorang doktor itu akan melakukan beberapa diagnosis seperti elektrokardiogram (ECG), ujian senaman treadmill, ekokardiografi, Myocardial Perfusion Scan, Cardiac Computed Tomography (CCT), Cardiac Magnetic Resonance Imaging (CMR), Cardiac Catheterization dan Coronary Angiogram.


Photobucket
BAGI mengesan seseorang itu menghidap penyakit arteri koronari, doktor akan melakukan beberapa diagnosis. 


“Secara umum, doktor akan memilih penyelesaian terapeutik mengikut keadaan penyakit dan keadaan kesihatan pesakit selepas membuat diagnosis yang tepat tentang penyakit arteri koronari.“Perubahan gaya hidup seperti berhenti merokok, pemakanan seimbang dan senaman yang mencukupi banyak membantu dalam pemulihan penyakit arteri jantung,” katanya.Jelas beliau, pada masa sekarang, kaedah terapeutik yang digunakan untuk merawat penyakit arteri koronari ialah rawatan perubatan, pembedahan pintasan arteri koronari (CABG), percutaneous coronary intervention (PCI) yang lebih dikenali sebagai belon angioplasti dan pembedahan pintasan jantung.Terdapat pelbagai jenis sten yang digunakan dalam teknik angioplasti iaitu menggunakan bare metal stent (BMS), drug-eluting stent (DES) dan bio-engineered stent (BES).Kebiasaannya, pilihan rawatan berdasarkan faktor yang ditentukan oleh gejala-gejala yang dialami pesakit.Dalam kebanyakan kes, jika arteri tersumbat kurang daripada 70 peratus, maka ubat akan menjadi pilihan rawatan baris pertama.

Jika pembedahan diperlukan, BES ialah sten yang sesuai untuk semua pesakit.Pemasangan sten menawarkan penyelesaian bagi kumpulan pesakit tertentu seperti mereka yang memerlukan pembedahan dalam jangka masa pendek, pesakit yang tidak boleh menggunakan Dual Antiplatelet Therapy (DAPT) iaitu rawatan perubatan yang membabitkan pengambilan agen pencairan darah seperti aspirin dan agen antiplatlet untuk jangka masa panjang dan warga emas.Pesakit yang menjalani rawatan memasukkan sten boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan membuat senaman aerobik.Namun begitu, pesakit arteri koronari harus melakukan ujian stres terlebih dulu sebelum memulakan program senaman bagi mengukur kemampuan mereka untuk bersenam.“Mereka dinasihatkan supaya melakukan senaman ditemani orang lain dan tidak berseorangan selepas beberapa bulan pertama menjalani rawatan.“Gaya hidup yang sihat seperti berhenti merokok, mengamalkan diet sihat dan senaman dengan kerap sangat penting untuk mengekalkan kesihatan jantung,” ujarnya.Dahulu, penyakit jantung hanya menyerang individu berusia, kini situasinya berbeza kerana golongan individu berusia bawah 50 tahun turut berdepan dengan risiko penyakit tersebut.

Gaya hidup
Menurut Kui Hian, keadaan itu berlaku akibat gaya hidup tidak sihat, tidak melakukan senaman, obesiti, merokok, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.“Penyakit ini berpunca daripada gaya hidup tidak sihat.
“Bagi mengelakkan penyakit ini, kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti kurangkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi lemak, kolesterol dan garam, jangan merokok, kurangkan tekanan dan selalu bersenam,” nasihatnya.Dalam pada itu, Hindon Abdul Aziz, 55, tidak menyedari sama sekali bahawa dia menghidap penyakit arteri koronari sehinggalah beliau membuat pemeriksaan penuh kesihatan yang disarankan oleh tempat kerjanya.Selepas melakukan ujian stres dengan treadmill, doktor memberitahu bahawa Hindon mempunyai masalah saluran jantung tersumbat dan menyarankannya menjalani rawatan angioplasti.


Photobucket
GAMBAR di atas menunjukkan bagaimana sten dipasang bagi membesarkan saluran darah yang tersumbat bagi membolehkan aliran darah mengalir dengan normal tanpa sekatan.


“Ahli keluarga saya ramai meninggal akibat penyakit yang berkaitan jantung seperti kolesterol tinggi dan angin ahmar.“Sebulan jugalah saya membuat keputusan untuk membuat angioplasti. Prosedur angioplasti ini mengambil masa lebih kurang satu jam,” katanya.Selepas membuat pemasangan sten, doktor menasihatkannya membuat perubahan pada diet.

“Makanan laut tidak boleh makan kerana kandungan kolesterolnya tinggi,
makanan berminyak dan bersantan selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok.
“Jika tidak berpantang, ada kemungkinan saluran tersebut tersumbat kembali. Apabila rakan-rakan tahu saya menghadapi masalah penyakit ini, ramai yang menyarankan supaya makan epal hijau, saderi, lemon dan teh hijau,” ujarnya.Ditanya mengenai rawatan ubat tradisional yang banyak diamalkan oleh segelintir masyarakat, Hindon memberitahu doktor mengingatkannya supaya tidak mencampurkan pengambilan ubat doktor dengan ubat tradisional.“Tidak dinafikan selepas didiagnosis menghidap penyakit ini, diet saya sekeluarga berubah dan jarang sekali makan di luar seperti sebelum ini.

“Sekarang ini, tengok sahaja orang makan nasi lemak sepinggan penuh saya sudah takut. Mula-mula dapat tahu menghidap penyakit ini, saya tidak lagi makan nasi lemak dan bertukar kepada capati,” katanya yang kini menyediakan makanan menggunakan kaedah rebus, kukus dan panggang.Secara peribadi, Hindon memberitahu, pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali amat penting.“Lebih baik dapat tahu awal daripada tidak tahu langsung dan tiba-tiba sahaja mendapat serangan jantung.“Sehingga hari ini, setiap hujung minggu sebaik sahaja selepas subuh saya dan suami akan berkebun untuk mengeluarkan peluh,” ujarnya yang banyak membawa artikel-artikel mengenai arteri koronari.



info dr : nice blog.....terpanggil untuk sharing,
kerna SERANGAN JANTUNG, Aku KEHILANGAN MAMA buat selamanya...........
so, pada sume...amik berat erk kesihatan, jangan amik mudah..... kalau ikut nak makan sume pun nak telan...

TEKAK rs sedap...bila masok dlm perot sume tuh jadik racun yg membinasakan diri sndiri...huhuhuhuhuhh
so, hati-hati dalam pemakanan kita seharian...

Wednesday, July 25, 2012

Ruam lampin

Photobucket
[Pic Hiasan dr GooGle]



Ruam lampin adalah perkara biasa bagi bayi, terutama sekali apabila mereka antara sembilan hingga 12 bulan. Jadi, anda sebagai ibubapa berkemungkinan pada satu masa, membuka lampin bayi anda dan berhadapan dengan punggungnya yang radang merah. Ia boleh berlaku tak kira samada anda menggunakan lampin yang boleh dibasuh atau lampin pakai buang.

Bagaimanakah rupa ruam lampin?
Jika bayi anda mendapat ruam lampin, anda akan tahu. Kulitnya kelihatan merah dan meradang di tempat di mana lampin menyentuh kulitnya. Ruam itu boleh menjejas genitalnya, kulit di bahagian luar lipatan-lipatan di pahanya, dan punggung. Kawasan terjejas mungkin menjadi kering atau lembap, dan kadangkala berkilat atau berbintik.

Jika ruam lampin yang biasa tidak dirawat, ianya boleh berkembang menjadi sesuatu yang serius, termasuk:


• Infeksi yis, seperti kandida atau seriawan. Infeksi yis adalah lebih biasa bagi bayi yang sedang mengambil antibiotik. Ini adalah sebab antibiotik membunuh bakteria bagus yang selalunya mengawal yis itu. Jangkitan kandida bermula sebagai bintik-bintik kecil merah yang berganda dan bercantum menjadi satu tompok merah yang besar.

• Infeksi bakteria. Bayi anda mungkin mengalami demam, dan infeksi itu selalunya menyebabkan timbulnya tompok-tompok kuning yang berair atau bintik-bintik yang bernanah.

Apakah yang menyebabkan ruam lampin?
Sebab utama ialah keadaan basah yang disebabkan sentuhan dengan air kencing dan najis dalam lampin. Bayi baru lahir kerap kencing dan juga kerap membuang air besar yang cair.

Lampin yang paling meyerap pun meninggalkan kelembapan atas kulit bayi yang halus dan baru. Ini kemudian membuatnya lebih sukar bagi kulit bayi berfungsi sebagai pengadang, menambahkan kemungkinan kulitnya mengalami iritasi.

Bayi yang dibiarkan memakai lampin yang kotor terlalu lama lebih mungkin mendapat ruam lampin. Walau bagaimanapun, ianya juga boleh menyerang punggung bayi yang mempunyai kulit yang sangat sensitif, walaupun lampin mereka sering diganti.

Reaksi antara air kencing dan najis yang bertempek bersama dalam lampin adalah sangat bahaya bagi kulit bayi anda. Serangan diarea (cirit-birit) boleh membuat bayi lebih mudah mendapat ruam lampin. Ini sebab najis bayi berselerak atas ruang yang lebih lebar dan adalah lebih basah dari biasa.

Kadangkala, perkara-perkara lain boleh menyebabkan ruam lampin. Bayi anda mungkin mendapat reaksi alergi terhadap produk yang menyentuh kulitnya. Ini diberi nama dermatitis alergi, tetapi amat jarang bagi bayi mendapatnya.

Dermatitis alergi boleh tercetus apabila menggunakan lampin jenama lain, atau pembersih baru atau sapuan bayi. Kadangkala sebabnya nyata, apabila ruam terus timbul selepas anda menukar kepada produk baru.

Apakah cara paling baik merawat ruam lampin?
Anda boleh merawat ruam lampin dengan sendiri. Ruam itu akan hilang selepas tiga atau empat hari dan tidak akan terlalu mengganggukan bayi anda.


Beginilah caranya untuk merawat ruam lampin.

• Pastikan bayi anda bersih dan kering dengan selalu menukar lampinnya. Cuba lakukan ini sebaik saja dia basah atau telah mengotorkan lampinnya.

• Cuci punggung bayi anda. Anda boleh melakukan ini dengan menggunakan sabun tanpa minyak wangi dan tisu sapuan bayi (periksa label) atau sabun lembut mengandungi pelembap. Bilas punggung bayi dengan air biasa dan sapu kulit sampai kering.

• Berikan bayi anda masa seberapa banyak yang mungkin untuk tidak memakai lampin supaya mempercepatkan pemulihan. Letakkan dia atas tuala dalam bilik yang selesa panas.

Jika bayi anda agak sudah besar, letakkan dia dalam bilik yang mempunyai lantai yang senang dicuci. Jika cuaca tidak begitu panas, anda boleh membawanya ke luar.

• Sapukan sedikit krim pengadang atau salap sebelum memakaikan lampin bersih. Jangan sapukan krim terlalu tebal. Cuma gunakan sedikit sahaja dan sapukan sampai meresap dan kulit bayi boleh kelihatan, tidak tertutup. Krim itu menyediakan lapisan pengadang antara kulit bayi anda dan sebarang air kencing atau najis yang ada.

Mandi sekali sehari sudah mencukupi. Gunakan sedikit pembersih bayi neutral pH atau emolien mandi yang ditambah kepada air mandi bayi anda. Awasi bahawa emolien mandi boleh membuatkan bayi anda agak licin dan susah untuk dipegang dengan kemas semasa dalam bekas mandinya.

Anda boleh menukar lampin kepada lampin pakai buang yang amat meresap supaya dapat mengurangkan kelembapan yang terkena pada kulitnya. Walau bagaimanapun, tiada bukti kukuh yang lampin pakai buang adalah lebih baik daripada lampin kain untuk merawat atau mencegah ruam lampin.

Jika ruam lampin bayi anda disebabkan alergi, masalah itu akan hilang dengan sendirinya selagi anda tidak menggunakan kembali produk yang menyebabkan ruam itu pada asalnya.

Sekarang sesudah saya merawat ruam itu, berapa lamakah ianya akan pulih?
Ruam lampin yang normal sepatutnya pulih selepas tiga atau empat hari diawat di rumah. Jika ruam itu tidak pulih selepas tiga atau empat hari, atau menjadi lebih teruk, tanya doktor keluarga anda atau pakar pediatrik untuk mendapatkan nasihat.

Ruam lampin bayi anda mungkin telah berkembang dan menjadi jangkitan kandida atau infeksi bakteria yang mungkin amat menyakitkan dan tidak selesa. Doktor anda mungkin mempreskripsikan krim hidrokortison atau antifungus, atau antibiotik, bergantung kepada penyebabnya.

Jika ruam bayi anda disebabkan kandida, jangan gunakan krim pengadang atau salap, sebab ini akan membuat ruam itu lebih parah.

Bagaimana mengelakkan daripada ruam lampin?

Pelindungan yang paling baik untuk menentang ruam lampin ialah punggung yang kering. Untuk membantu, ikutilah lima langkah mudah ini:

1. Biarkan bayi tanpa memakai lampin seberapa lama yang mungkin. Pemakaian lampinlah yang pada asalnya menyebabkan masalah ini.

2. Tukarkan lampin bayi anda secara kerap dan dengan cepat selepas dia membuang air kecil dan air besar.

3. Cuci genital dan punggung bayi anda dengan rapi setiap kali dia membuang air besar. Periksa yang kulit bayi bersih dan kering sebelum memakaikan lampin baru.

4. Sapukan sedikit lapisan salap pada punggung bayi anda setiap kali menukar lampin.

5. Jangan guna bedak talkum. Ia tidak akan melindungi daripada ruam lampin dan boleh menyebabkan geseran dan meniritasikan kulit bayi.

Pakaikan lampin secara longgar supaya ada ruang untuk udara mengedar sekeliling punggung bayi anda.

Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday # 18 JULY 2012!

18 Julai

28 Sya'aban 1432Hijrah



Photobucket
-pesan abgeMsem dr jauh-

Monday, July 9, 2012

SomMer Set CoTtaGe

09 Julai 2012
19 Sya'aban 1432Hijrah



Roti ni bagus utk luch org tgh diet ^__^ bagi mereka-mereka di luar sana yg sedang kuat berdiet ha elOKlaa amal roti ni....sangattt sedap...xtipu....heheheheheheh


roti ni ada tiga rasa....apa ingat ikan ja ada 3 rasa....roti pun ada 3rasa ok....heheheheheh, bg yg dh cuba betolkan SEDAP ????  so, kot kot jemu dh makan nasik..ha leh gantikan dengan roti ni....takpelulaaa belapaq sampai nak pitam dibuatnya...hehehehehheh  moh ke  laman web  roti sedap ni. kot-kot leh kopi segala maknenek resepi di sana..dan blew pelbagaikan hidangan harian... kena kreatif la skit...br sedap tekak nak hadapkan......ehehehhehehehe


Photobucket
-nampak tak tuh tanda jari BESTT!!!! ya memang roti ni sngt bestt -



Photobucket
- sebelOm beli apa-apa sila BIJAKkan diri chek kalori di balik belakang bungkusan.-
so, jelas lagi tepancar roti ni tak tinggi kalori..gamak lapaq sangat tibai sampai sebunggkus roti ni baru berapa sangat kan kalori dia...hehehehehehhe





Photobucket
-MMMmmmmmmmmmm JuST TOoooo GooooOD-


ToNgg Ke coCocoaLa

09 Julai 2012
19 Sya'aban 1432Hijrah




dari KElihatan TONGGGG ke BOTOL KOKAKOLA.......^_________________^


Photobucket
tahniah ANIS.....hilang 30 kilo dh lemak........
makin chantikkk menawan...raya ni, WAN dapat isteri baru laa....eheheheheheheh


untuk pengetahuan sume, baju putih yang anis pakai tuh size 48 dan pestime beli baju siap segera di kedai, kalau dak jangan mimpilah nak dapat baju yg siap segera.....




kalau ANIS yang dl TONGG ke BOTOL kokokola.....kenapa kita tidak??????? 




org dalam pantang, kalau amik SHAKE n TeamIx  ni lebih terbaik.......

Tuesday, July 3, 2012

(__ __)

03 juLai 2012
13 Sya'ban 1432Hijrah



Photobucket

hujung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cinta HaLaL

Daisypath Anniversary tickers

KakaK

Lilypie Kids Birthday tickers

KaknGAH

Lilypie Kids Birthday tickers

Adik Baby

Lilypie First Birthday tickers

BekhidmaT

Daisypath Anniversary tickers

Mama Sntiasa Di Hati

Lilypie Angel and Memorial tickers
 

Takdir itu milik aku !!! Template by Ipietoon Cute Blog Design