Thursday, January 17, 2013

aLpa


5RabiulawaL 1434Hijrah
17hb Januari 2013



wahai SAHABAT ....
 Ingatkanlah daku di saat aku dalam keadaan alpa!!!! 



Monday, January 14, 2013

hanya DIA yg TAHU !!!

14 Januari 2013
2RabiuLawaL 1434Hijjrah 



Dia sedang menangis,
tetapi dia nampak comel apabila menangis,
ya, dia pendam sakit dalam hatinya,
dia pendam kemarahannya,
dia pendam lukanya..
agar tiada siapa yang tahu..

Dia mengesat air mata yang jatuh,
Dia menangis sendirian,
Jauh dari pandangan manusia..
Sepuas-puasnya..dan ada masa dia senyum,
Ya, itu caranya meleraikan segala masalah di jiwa..
Hanya Allah yang melihat, indah..


Allah......:)

Tuesday, January 8, 2013

waJIb ManDi

08.januari 2012
25Safar 1434Hijrah


SUKA TOPIK ni, kita rasa mcm mudah, senang n pantas nak laksanakan...tp kalau betoi-betoi FAHAM apa itu mandi wajib.... haaa kena cr ustazah nak tanya per yg terperinci.... masa p majlis akad nikah sahabat baik baru ni di masjid abdulah fahim, QADI tuh sentuh bab ni laa.....dia kata, kalau ada hat bakal pengantin mai interview soal kawen..mai tang tanya bab ni saheh keliru..dia kata lagu mana nak kawen ni!!!! perkara mandi wajib ni bukan buleh dok amik mudah... sebab....bila mana angkat hadas kita xsuci. segala amal ibadat tak diterima.......glurpppp....... !!!!






Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?



Mandi wajib merupakan perkataan yang Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

1. Niat.
2. Menghilangkan najis di badan.
3. Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib:

“Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”

Atau

” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.

Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Kesimpulan yang dapat saya ringkaskan ialah:
1)Mandi dalam keadaan bercangkung dan juga berdiri. Kerana apabila bercangkung celah punggung akan terbuka dan air akan rata dan sampai ke bahagian itu..
2)Mereka yang memakai pewarna rambut selain inai adalah tidak sah mandi wajibnya dan solatnya juga akan tidak sah sekiranya mandi wajib tak sah. Tapi dapat kita lihat ramai perempuan melayu kita yang beragama islam memakai dye rambut.mashallah
3) Niat mesti semasa air sampai ke anggota badan


info dari :FBKEPALATUKUL 

Friday, January 4, 2013

FlashBack

04.Januari 2013
21Safar 1434Hijrah

pantas masa belalu...arini dah 4hb januari 2013 owhhh lajuu nya masa....pejam celik pejam celik dah hampir dua tahun mama tinggai aku,adik-adik dan SEMUA...... redholaa mama pergi terima KETENTUAN ILAHI.. ..mungkin banyak hikmah yang tersembunyi kita sndri tak pasti...

aku paling terasa kehilangan mama, sebab aku memang rapat dengan mama,...sangattt rapat... mama ibarat diari besaq aku....segala masalah suka duka mama org pertama akan tahu... aku ni KEDEK skit, nampak jaa muka ganas tp hati lembik bak agar-agar...dan aku jugak tak SEKUATTT dan TABAH mcm mama......
laa pas mama xdak, ya akulaah galas segala keperitan suka duka bila bedepan dengan masalah...
betoi apa makngah cakap, liza...bilamana mama dh takda ni....liza dah takda tembok besaq yang defen liza n adik-adik.....so skrg liza laa peganti tempat mama....... owhhhh aku tewas, xdaya rasa...makin hari makin di asak dengan mcm-mcm ujian....masok tahun barupn tak da makna kemanisan buat aku...sbb MAMA xdak.. bukanlaa aku nakmenidakan keadaaan....ya sampai masa setiap yg hidup pasti mati...cuma kadang-kadang fikiran ni bernegetip jugak.... kenapa ALLAH amik mama terlalu pantas....mama belOm sempat tgk anak-cucu rasa ada menantu yg like mcm hantooo... huhuhuhu tp takpalaa....mama dh penat dengan kerenah manusia di sini...elOK benarlaa mama p tinggai sume..berehat di sana....menanti kami di mASHar in sha allah... jmpak kah kami nanti ??????

bagi yg merasai jaa akan faham mcm mana situasi kehilangan ni bagaimana....... teruskan bedoaa kirimkan pahala kebaikan buat mama di sana.... ari-ari g keja lalu depan pusara mama..nampak nisan pn jadiklaaa...lepas dh rindu, bila pandang pusara mama..dalamhati bedetik, mama tgg liza ya...in sha allah satu hari nanti liza pn akan ke sini..... tungguu tau.... T__T

tadi jalan-jalan bloq sekali singgah bloq kHAIRA..... tepandang di bloglist dia..eh GULA-GULAMANISH dh bukak balik bloqdia....wow sukaa....terus lelaju terjah bloq cute tuh..... paling utama terjah penulisan masa 2011..sangat suka, sangat admire, sangat ohsem...bila baca rss sume tuh mcm semalam br lalui.......
ikah, untuk pengetahuan hang.......kalOng kuat sebab ada hang....hang sangat comeL.... selagi hayat dikandung badan, kalOng akan buat yg terbaik untk hang..... jaga diri nah, kalong doakan hang berjaya dunia AKHIRAT.....ngaji elOK-elok jadik org hebat dan luar biasa :)


bila baca, bila mengeja setiap penulisan di N3 ikah....... "SYAHDU" 
apa khabarlaa mama di sana.........

Thursday, January 3, 2013

anakanak keciL

03.01.2013
20Safar 1434Hijrah


KAMIS SUDA.....dah hari ketiga di bulan januari 2013. shukur diberi kesempatan lagi berada di sini.....
awai-awai bantai gelak dah....hahahahahhaha, sebab budak tecik tonet kat dalam gambaq di bawh ni kan memang paklawak dalam rumah kami.... :D 
dialaaa ratu punggah barang-barang, n buat lawak kekering jaa......dan pling kehebatan dia MELALAK sampai merambu ayaq mata...ha dialaaa orangnya....hebat bukan :)  mana xhebat, dia melalak nak org suh kita dok tepi dia, dakpn suh dokong dia.....budak ni kuat menigit..... sekali dia mengigit, meraung ibu dia....huwaaaaaa...apa-apa jerlaa dik oi...janji kamu chumiL>>>.... aah memang cumiL, sbb ada gg rabbit dua batang atas dan dua batang belah bawah.... bila di sengehhhh owh tuhan, cayaq hati ni ....

pantas masa belalu, anak-anak makin besaq dah....owh br rasa semalam dok bawak perot berat mengandungkan bebudak ni...tapi, hmmmmmmmmmm besaq dah memasin... hat kakak dah besekOlah, yang adik pn dah bakal nak sambut hari kelahiran pertama......owh tuhan, laju masa belalu....... *sebak*
cukup dulu buat masa la ni, bebudak comel bedua ni.... tuhpun dh bisa buat ibu kekadang menangis, ketawa sendirian...EKEKEEKEKE kenangkan peeL memasin. kakak sangat bedikari dan adik sangat KEDEk :) 
kakak demOk skit ja....adik kurus mcm modeL...hahahahahahahahaha adik bukan spesis gemokk kaki tangan betOmbak...dia jenih kurus mcm baba... tp doKung lelama sengaL kepala bahu haih!!! kakak kurang skit antibodi masa kekecik..ha tp adik, sangat kuat....lasak ni budak.... hehehehehhe

#sambei taip, sambei tgk pic dia nie..jenuh menahan gelak....*LAWAK sungguh* eekekkekke#

alhamduLillah ya allah, terima kasih yang tak terhingga kau berikan dua AMANAH besar ini untuk aku dan suami....in sha allah, kami cuba sedaya upaya didik mereka kejalan mu ya ALLAH... moga kami menjadik ibu & baba yg kuat dan hebat...... kami xkaya wang ringgit, tapi cukupla bagi kami ada mereka...sangat menghibur hati. ilang penat lelah bekerja....rindu seharian xbetepian,


sosweeT
26.01.2012 - lahirlah puteri comel yg diberi nama ZAINAB SAFIYAH MUHAMMAD ASYRAF 
berat tak berat mana jaa masa besalin kat dia ni 2.8kg sahaja....sakit dalam labouroom 4jam..tp proses kelahiran sangat FRESSh..nampak dia keluaq bedesup lajunya......budak ni nak gak keluaq pas kaum cina sambut raya depa tahun lepas sempena dragonbalz. hahahahaha.... elOKlaa doktor yang sambut pun china...tuh mata si dak zainab ni SEPET mcm cina...ekekekekkee. budak ni kuat lasak... 

sayangnyaa tokmama ina xsempat dokong adik, belai adik...dan adikpn xsmpat kenai tokma ina..xpalaa tokma ina takda, tokma leha kan ada..



sofia
09.09.2009 - kami dikurniakan cahaya mata pertama yg diberinama ZAHRA SOFIA muhammad ASYRAF. hat ni besalin ke dia sakit sampai 12jam.... dok dalam labourroom sampai nak pengsan..huwaaaaa, besalin tepaksa mintak bantuan doktor..sbb ibu dah xdak daya.. alhamduLillah sofia berjaya dikeluarkan dengan baik sekali...patotlaa payah nak keluaq 3.00kg dia ni...huwaaaaaaa nangis ibu 
masa besalin kat dia sangat mewah dalam pantang.... sebab MAMA yg jaga aku.. woww mandi daun kayu selama 44hari....mama jaga best dalam pantang :) sangat best...tuhlaa yg pertama dan terakhir..
mcm xpecaya jaa..sofia dh besaq..... dah dah p sekOlah..

Wednesday, January 2, 2013

Hari PErTama

02Hb Januari 2013
19Safar 1434Hijrah


ALHAMDULILLAH, allah beri kesempatan hidup di muka bumi yg sementara ni....... shukur ya allah, masih mampu melihat keadaan sekeliling..."SUBHANALLAH" hebat sume ciptaan mu ya allah....

hari paling nebes....adalah hari ni!!!! KAKAK ZAHRA SOFIA dh masok SEKOLAH tadika perpaduan KEMAS .... :)  alhamdulillah, dia sangattt ok, xdan nangis bagai..gerak bangun pagi pn ok...yg tak ok, si kecik tuhjaa pepagi bikin konsert melalak-melalak tuhlaa keja dia..hadoilaaa adik weh.... apa lg yg tak kena tataulaa.... hahahaahha pepagi dah buat ibu jadik supermak...mandi xlelap, tidor tak basah penangan dek budak pusaq kepala ada dua tuh .

pagi ni br urus sume register kakak masok sekolah..makloMLaa sekolah tuh ada share ngan mak pak dia..ekekekekke suka hati ja nak  p daftar bila.. hihihihi masok jaa dalam sekolah..wahhh kakak dh stat teruja..tgk kawan-kawan ramai..mainan pn banyak... siap ada mcm-mcm lah. :) sblm ni sebok cerita nak sekolah,nak sekolah..bila kena harini..
ha tu dia. seronok dia bukan kepalaang.. CIKGU pn sangat baguih....
aku mintak kebenaran kat cikgu nak amik gambaq...cikgu kata sila,sila....saya tau bila anak sulung masok sekolah memang mak pak teruja...hihihihihi syanglaa cikgu sbb tau fiLl saya :) bayaq yuran sekolah, baju sekolah bagai sume....alhamduLillah setel....zainab kami letak dia tepi penjuru. wah hat tu pn..xdak dia nak peduli dh ibu dia..leka main balll banyak... :)

tetiba ibu dia plak yg feeling lebey time nak balik...anak ok jaa..pandangpn xnak dh..hahahahahah ibu hang ni kedek betoilaa kakak weh....mcm-mcm feeling ada...paling utama tebayang "KALAU" mama masih ada...saheh gamat suasana... owh tp sume tu bayangan semata...pantas betoi masa belalu.sofia dl hat kecik tatau apa dh stat masok dunia persekolahan, mama pulak dah tahun pegi jauh tinggai aku dengan penuh kenangan dan air mata....[sesekali mai rindu, hanya ALLAH jaa yg tahu isi hati ni] tp (PROF.MUHAYA ada sharing dalam radio ikim.fm ....bilamana orang tua mu pergi meninggalkan kamu, lebih mudah sampaikan DOA dan pahala buat dia di sana....setiap apa yg dikerjakan, niat dalam hati pahala setiap kerja yg aku buat ni..aku sedekahkan buat ibuku disana.....)
subhanallah.Indahnya ISLAM :) mama, sampai jumpak lagi..in sha allah.......

belambak tadika dalam kepala batas, tp tadikaperpaduan jugak jadik pilihan.....sebab tadika ni oldskoll..hihihih dan lgpun makcik yg ngasuh sofia sangat reKomen suh hantaq sofia ke sini.... lgpn ni kan permulaan elOklaa bg dia besekolah disini... biaq pandai bawak diri n bijak bergaul dengan kawan-kawan... tp sofia ni xdak masalah dalam bab bergaull..laju jaa dia bergaul..kalau dak anak kakina si abang ngan adik xjadik kawan sampai mesra la..hahahahahah

#kekecik dah pandai bekaler blok......merah di kepala..biru di badan hihihihih# 




owh sofia, kejapnyaa masa belalu......anak ibu dh besaq dan pandai cakap... dah pandai demand. sangat penghibur hati !!!! ibu sayang kakak sampai mati... ibu doakan moga anak ibu berjaya dunia akhirat dan menjadi kakak yg BIJAK, SOLEHAH dan BERBUDI BAHASA in sha allaH :) 

hujung

Cinta HaLaL

Daisypath Anniversary tickers

KakaK

Lilypie Kids Birthday tickers

KaknGAH

Lilypie Kids Birthday tickers

Adik Baby

Lilypie First Birthday tickers

BekhidmaT

Daisypath Anniversary tickers

Mama Sntiasa Di Hati

Lilypie Angel and Memorial tickers
 

Takdir itu milik aku !!! Template by Ipietoon Cute Blog Design