Friday, March 22, 2013

AIR SANGAT Penting !!!!



Minum air amat penting bagi mereka yg ingin menurunkan berat badan. Badan kita hilang air minimum 2 liter setiap hari, bergantung kepada saiz badan, keadaan cuaca dan aktiviti. Sebahagian besar air yg anda minum, badan kita akan ‘booking’ dulu untuk kegunaan keperluan asas utama bagi fungsi-fungsi badan. Oleh itu untuk membakar lebihan lemak dalam badan, kita perlu minum air lebih sikit daripada biasa bagi meningkatkan metabolisma dan memecahkan lemak. Berikut dikongsikan tips untuk membantu anda minum air lebih dari biasa:

  • Minum segelas air selepas bangun tidur, ia akan meningkatkan metabolisma.
  • Minum segelas air sebelum makan, ia akan membantu agar perut cepat kenyang dan mengawal pengambilan pemakanan.
  • Di antara waktu makan utama, jika berasa lapar, boleh amik sedikit snek sihat. Minumlah air bersama snek agar tak ‘over snacking’
  • Minum air sebelum dan selepas bersenam. Tips ini yg paling saya gemar sebab jika bersenam, memang saya akan minum air ekstra sehingga 2-2.5 liter.
  • Tengok air dalam bekas air masih banyak tapi tak larat nak habiskan? Pergi berjalan sekejap. Jika di pejabat, pergi ke kereta konon nak ambil barang. Jika di rumah, keluar sejenak dan jalan sekejap di sekeliling rumah. Jika bangunan ada tangga, naik turun tangga. Aktiviti simple ni akan buat kita jadi dahaga.
  • Makanan tinggi kandungan air pun boleh membantu meningkatkan air badan. Tembikai sangat tinggi dgn air. Makanan bersup pun boleh membantu. Aiskrim batang/popsicle pun bagus, sebab kita boleh sediakan sendiri dari ramuan asli seperti buahan & kurang gula.
  • Susah nak minum air masak? Boleh tambah perisa tanpa menambah gula untuk memudahkan minum air seperti limau nipis dan lemon. Bagi pengguna Herbalife, Tea Mix atau Aloe Drink akan memudahkan anda untuk banyak minum air. Bukan sahaja rasanya lebih sedap dan menyegarkan, malah ia juga memberi khasiat & zat nutrisi tambahan.

Panduan pengambilan air yang cukup ialah 1 liter untuk setiap 25kg badan. Oleh itu jika berat anda 50kg, anda perlu minum 2L dan jika berat 75kg, 3L air perlu diminum setiap hari. Untuk mengetahui keburukan kurang minum air, baca artikel ni; Kurang Air dan Anda.
Jika anda ada tips-tips anda sendiri, sharelah di ruangan komen ;)





Kurang Air dan Anda

Setiap kali saya bawa bekas air 2L hijau Herbalife, ini respon biasa yg diajukan; "Banyaknya minum air!" "Tak takut terkencing-kencing ke?" "Ko gila ke minum air banyak macam tu!" "Tak sakit ke buah pinggang?" "Aku tak boleh minum air banyak tu pasal kerja duduk je" Saya tak kisah pun respon yg diberikan kerana saya tahu ada yg masih belum tahu kepentingan minum air yg cukup. Di sini disenaraikan kesan-kesan kurang air kepada organ-organ badan.



Otak
Otak kita adalah 75-85% air dan ianya organ pertama yg akan mendapat kesan jika kita kekurangan air. Otak akan mengawal rasa dahaga dan mengurangkan fungsi buah pinggang untuk menapis air. kekurangan air juga akan menurunkan keupayaan otak. Konsentrasi akan turun 13% dan memori jangka pendek juga turun 7%. Simptom lain yg juga disebabkan oleh kekurangan air ialah berasa terhoyong-hayang, pening, cepat marah, pitam. Jika tahap kekurangan air lebih kronik, ia akan menyebabkan badan berasa lembap, pandangan kabur, keletihan dan kecelaruan.



Mulut
Apabila kita berasa dahaga, tubuh sudah pun hilang sekurangnya 500ml air. Air liur amat bagus untuk kesihatan dan kebersihan mulut namun kekurangan air akan menjejaskan fungsinya. Kekurangan air akan menyebabkan gigi cepat rosak kerana air liur meneutralkan asid yg boleh melemahkan kekuatan gigi. Air liur juga memudahkan kita untuk menelan makanan.



Paru-paru
Kita juga kehilangan air menerusi pernafasan, setiap hari kita hilang kira-kira satu tin air dengan bernafas. Jumlah itu juga akan meningkat dengan peningkatan suhu, kekeringan udara dan juga ketinggian altitud.



Jantung
Kekurangan air juga akan menurunkan keupayaan jantung untuk mengepam darah dan juga boleh menyumbang kepada penyakit jantung.



Buah Pinggang

Buah pinggang akan mengawal jumlah air dalam badan dengan menapis darah dan membuang bahan buangan dan toksin ke air kencing dan meninggalkan nutrien dalam darah. Oleh itu buah pinggang amat memerlukan air untuk bekerja. Kekurangan air akan menyebabkan tekanan darah tinggi yang akan menyumbang kepada serangan jantung dan strok.



Perut
Air amat penting untuk diet sihat. Pengambilan air yg cukup akan mengawal selera makan. Air juga membantu penghadaman dengan menghasilkan air liur dan enzim yg menceraikan makanan. Minum air sebanyak 500ml juga dapat meningkatkan metabolisma sebanyak 30% dan menolong menukar makanan kepada tenaga. Inilah sebabnya mereka yg ingin turun berat badan disarankan untuk minum banyak air.



Pundi Kencing
Tubuh kita kehilangan air melalui pernafasan, peluh, najis dan yg paling banyak adalah melalui air kencing. Jika kita kurang buang air, itu adalah petanda yg jelas untuk kita meningkatkan pengambilan air. Minum air yg banyak akan membantu melawan penyakit batu karang dan kencing kotor.



Darah
Darah ialah 75% air dan ia amat penting kerana darah akan menyalurkan nutrien ke seluruh anggota badan. Air akan membantu penjagaan struktur sel dan menyalurkan oksigen dalam darah. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat dan badan perlu bekerja lebih untuk menyalurkannya ke seluruh badan.



Kulit
Kulit kita bertindak sebagai penyimpan air. Kekurangan air akan memberi kesan kepada rupa kulit. ia akan menjadi tak bermaya, kering, kendur, dan nampak lebih tua. Air hilang dari permukaan kulit dengan tersejat dan kadarnya akan meningkat dengan peningkatan suhu, kekeringan udara dan peningkatan altitud. Di negara cuaca panas, penyejatan air boleh mencecah 2.5 liter/jam. Air juga hilang melalui peluh akibat peningkatan aktiviti atau bersukan. Kadar kehilangan air melalui peluh adalah dalam 1-2 liter/jam



Panduan untuk pengambilan air yg cukup ialah 1L untuk setiap 25kg badan. Jika anda bersukan atau banyak berpeluh, tingkatkan pengambilan air. Mereka yg berbadan besar dan berat perlu lebih banyak mengambil air kerana lebih banyak air yg akan hilang dari badan. Selepas membaca panduan ini, fikirkanlah sendiri mana yg lebih menyusahkan, kerap kencing akibat minum air banyak atau penyakit yg datang akibat minum air kurang.



# Sumber dari http://www.wateraid.org/




tips turun KG


Untuk menurunkan berat badan, kita kena berubah. Kita kena berkorban dari mengambil makanan yg biasa kita ambil seperti makanan bergoreng, tinggi gula, fast food dan lain-lain. Juga kita kena amal rutin sihat yg baru seperti minum air masak yg cukup, rajin bersenam dan lain-lain. Ketika mengharungi misi perubahan ini, kita akan tempuhi banyak dugaan yg akan membuatkan kita jatuh semangat. Contohnya seperti halangan keluarga, sindiran rakan, dateline kerja etc. Jom naikkan kembali semangat kita dgn tips-tips berikut:



Berkawanlah dengan orang yg positif.
Jika anda tiada kawan atau kawan yg ada asyik negatif saja, jgn risau. Anda boleh jumpa kawan-kawan baru di luar sana. Pergilah ke gym dan tegurlah mereka yg selalu bersenam di sana. Di taman rekreasi ada kumpulan yg selalu membuat senaman tai chi atau buat senamrobik, boleh sertai mereka. Juga kenalpasti mereka yg selalu berjogging atau bersenam, boleh juga tegur dan meminta tips atau nasihat dari mereka. Di Youtube pun banyak video motivasi, boleh download dan simpan di telefon, boleh dengar semasa ke kerja atau di masa lapang.



Buat baik kepada orang lain

Bukan bermaksud selama ni anda tak baik, namun jika kita lebih positif, orang di sekeliling kita juga akan jadi positif. Contohnya ibu yg positif akan maafkan anaknya yg tumpahkan air. Tapi ibu yg negatif akan marah-marah dan mungkin akan bad mood hingga ke pejabat. Mulakan hari kita dgn senyuman, tegur orang lain dan beri salam dengan ikhlas. Jika kita memberi salam dan jika ada orang lain tak jawab dan muncung sedepa, jangan kecil hati kerana ia bukan berpunca dari anda. Semua orang ada masalah peribadi masing-masing, apa yg ada dalam hati mereka Tuhan saja yg tau.



Pastikan sekeliling kita bersih
Hati yg gembira juga dipengaruhi oleh persekitaran kita. Bersihkan rumah/pejabat/bilik kita supaya kita jadi lebih tenang. Mata yg serabut, otak pun akan serabut. Rasa baru jatuh semangat? Mulakan dengan bersihkan persekitaran kita. Jika satu rumah berterabur, mulakan dengan bilik yg anda selalu gunakan.



Hargai kehidupan
Dengar lagu yg anda suka. Baca buku yg boleh meningkatkan inspirasi kita. Jalan di taman dan tengok pokok menghijau dan burung yg berkicauan. Haiwan perliharaan pun boleh menenangkan jiwa, kucing, anjing (non muslim), arnab, ikan etc. Melawat rumah anak yatim, rumah orang tua, rumah kurang upaya pun boleh meningkatkan semangat kita disamping boleh membuat amal.



Senyumlah selalu
Ini mungkin nampak kecil, tapi jika kita banyak senyum walaupun berseorangan, kita akan jadi lebih positif. Bila masak, kita senyum. Bila memandu, kita senyum. Bila di bilik air, senyum juga. Bila kita berfikir untuk membuat sesuatu, badan kita akan bergerak. Fikiran dan perbuatan ni perkara yg seiring. Jadi bila kita senyum, walaupun dibuat-buat, lama kelamaan otak kita pun akan fikir positif.



Selalu bila rasa sedih dan jatuh semangat, ingatlah bahawa anda tak bersendirian. Situasi kita boleh berubah, kita cuma perlu harungi waktu dan saat itu. Buatlah satu langkah demi satu langkah, lama kelamaan keadaan akan berubah dan kita akan capai gol yg kita impikan ;)






Wednesday, March 13, 2013

Rezeki

1Jamadilakhir 1434Hijrah
13.mac.2013


yuhuuuuuuuuu, awak-awak yg chantik emsem lagi begaya di bloq sana...apa habaq??? moga-moga setiap hari memberi saat-saat manis tika besama dengan yg tersayang.... ♥♥♥

alhamduLillah, tahun ni macam ada SINAR buat "KAMI" laki bini dalam biz herbalife.... walaupun sblm ni kejap bangun, kejap duduk, kejap lena, kejap mengelupor, kejap tebelahak..eh banyak betoi kejap aih....hahahahahahh shukur ya allah, rezeki datang xputus-putus....ALHAMDUlillah rezeki anak-anak....

ada yang bertanyakan nak TURUNKAN BERAT BADAN, tak ckup yg tuh... ada customer sampai tengah malam pun mai jmpa kami semata-mata dia risau tentang VISERAL FAT dia...pulun tanya lagu mana nak hilangkan BUNCIT ni...adoilaaa lawak sungguh.... ada yang tanya kakoiii saya tak larat dh kena ejek..bantu laa saya nak ilangkan lemak-lemak degiL ni....
yang pengidap penyakit SLE pn mai jmpak kami, mohon bantuan..... ya allah hat ni paling tacing... dia pulak yg bagi kami sebak..dia kata kat kami...KAK, KAlau duit bnyak pn xinvest untuk kesihatan xdak gunanya... saya sakit la ni..so saya sangat memerlukan nutrisi ni, bantulaah saya kak... moga impian saya nak jadi sihat seperti sedia kala termakbul...huhuhuh "SEBAK"

setiap yg besungguh nak cuba consume....satu jaa soalan aku AJUKAN, "ANDA SERIUS" alhamduLillah jawapan yg diberi sangat positif....
kali ni jmpak customer kebanyakkan sume SERIUSS...FOKUS nampak apa itu ERTI sebuah KESIHATAN....shukur YA ALLAH.. kau bukak hati mereka untuk di beri kesedaran :D



adikni pengidap sakit SLE ..dia memang jatuh cinta, terus xpikir panjang...SIGNUP jadik member komuniti herbalife.....
moga ALLAH kabuLkan impian kamu nak sihat seperti sedia kala..in sha allah ♥♥

nak tau apa tuh penyakit SLE, bole klik sini :)



xdak apa yang mampu terucap...BILAmana boleh bantuuu hat sakit pelan-pelan jadik sihat !!! hanya ALLAH jaa yang tau perasaan ni, bila customer bg feedback habaq, alhamduLillah kak, pass consume bla...bla..blaa... sakit ni mcm kurang sikit beban dia....

huwaaaaaaaaaaaaaa rs nak pelOK customer......dan gapai awan nak ucap TERIMA KASIH kat ALLAH...
Kami hanya mampu beri sokongan dorongan yg kuat xberbelah bagi.... selagi termampu buat yg terbaik, walaupun besa kena caci, maki n dihina...xpa ALLAH tau apa yg kami hajatkan...dan
yaALLAH permudahkan laah misii kami dalam sebarkan NUTRISI hebat ini ....

kita MANUSIA, hanya mampu BERDOA,BERUSAHA BERTAWAKAL..selebihnya serah pada ALLAH..hanya dia mampu tunaikan hajat kita....

selagi termampu teruskan, teruskan teruskan. sebarkan NUTRISI kepada semua ♥



hujung

Cinta HaLaL

Daisypath Anniversary tickers

KakaK

Lilypie Kids Birthday tickers

KaknGAH

Lilypie Kids Birthday tickers

Adik Baby

Lilypie Second Birthday tickers

BekhidmaT

Daisypath Anniversary tickers

Mama Sntiasa Di Hati

Lilypie Angel and Memorial tickers
 

Takdir itu milik aku !!! Template by Ipietoon Cute Blog Design