Friday, March 22, 2013

AIR SANGAT Penting !!!!



Minum air amat penting bagi mereka yg ingin menurunkan berat badan. Badan kita hilang air minimum 2 liter setiap hari, bergantung kepada saiz badan, keadaan cuaca dan aktiviti. Sebahagian besar air yg anda minum, badan kita akan ‘booking’ dulu untuk kegunaan keperluan asas utama bagi fungsi-fungsi badan. Oleh itu untuk membakar lebihan lemak dalam badan, kita perlu minum air lebih sikit daripada biasa bagi meningkatkan metabolisma dan memecahkan lemak. Berikut dikongsikan tips untuk membantu anda minum air lebih dari biasa:

  • Minum segelas air selepas bangun tidur, ia akan meningkatkan metabolisma.
  • Minum segelas air sebelum makan, ia akan membantu agar perut cepat kenyang dan mengawal pengambilan pemakanan.
  • Di antara waktu makan utama, jika berasa lapar, boleh amik sedikit snek sihat. Minumlah air bersama snek agar tak ‘over snacking’
  • Minum air sebelum dan selepas bersenam. Tips ini yg paling saya gemar sebab jika bersenam, memang saya akan minum air ekstra sehingga 2-2.5 liter.
  • Tengok air dalam bekas air masih banyak tapi tak larat nak habiskan? Pergi berjalan sekejap. Jika di pejabat, pergi ke kereta konon nak ambil barang. Jika di rumah, keluar sejenak dan jalan sekejap di sekeliling rumah. Jika bangunan ada tangga, naik turun tangga. Aktiviti simple ni akan buat kita jadi dahaga.
  • Makanan tinggi kandungan air pun boleh membantu meningkatkan air badan. Tembikai sangat tinggi dgn air. Makanan bersup pun boleh membantu. Aiskrim batang/popsicle pun bagus, sebab kita boleh sediakan sendiri dari ramuan asli seperti buahan & kurang gula.
  • Susah nak minum air masak? Boleh tambah perisa tanpa menambah gula untuk memudahkan minum air seperti limau nipis dan lemon. Bagi pengguna Herbalife, Tea Mix atau Aloe Drink akan memudahkan anda untuk banyak minum air. Bukan sahaja rasanya lebih sedap dan menyegarkan, malah ia juga memberi khasiat & zat nutrisi tambahan.

Panduan pengambilan air yang cukup ialah 1 liter untuk setiap 25kg badan. Oleh itu jika berat anda 50kg, anda perlu minum 2L dan jika berat 75kg, 3L air perlu diminum setiap hari. Untuk mengetahui keburukan kurang minum air, baca artikel ni; Kurang Air dan Anda.
Jika anda ada tips-tips anda sendiri, sharelah di ruangan komen ;)





2 Mata BOOooLaT sedang meMbeLiak:

eLLy said...

Saya memerlukan 4.4 liter air setiap hari! ... grrrr

-cinta soFiaSafiya- said...

kak...minumlaa kak xrugi sebenaqnya...baik sangattt untuk tubuh badan kita..

4.4Liter tuh sikit laa kak..hehehheheh

hujung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cinta HaLaL

Daisypath Anniversary tickers

KakaK

Lilypie Kids Birthday tickers

KaknGAH

Lilypie Kids Birthday tickers

Adik Baby

Lilypie First Birthday tickers

BekhidmaT

Daisypath Anniversary tickers

Mama Sntiasa Di Hati

Lilypie Angel and Memorial tickers
 

Takdir itu milik aku !!! Template by Ipietoon Cute Blog Design