Friday, March 22, 2013

Kurang Air dan Anda

Setiap kali saya bawa bekas air 2L hijau Herbalife, ini respon biasa yg diajukan; "Banyaknya minum air!" "Tak takut terkencing-kencing ke?" "Ko gila ke minum air banyak macam tu!" "Tak sakit ke buah pinggang?" "Aku tak boleh minum air banyak tu pasal kerja duduk je" Saya tak kisah pun respon yg diberikan kerana saya tahu ada yg masih belum tahu kepentingan minum air yg cukup. Di sini disenaraikan kesan-kesan kurang air kepada organ-organ badan.



Otak
Otak kita adalah 75-85% air dan ianya organ pertama yg akan mendapat kesan jika kita kekurangan air. Otak akan mengawal rasa dahaga dan mengurangkan fungsi buah pinggang untuk menapis air. kekurangan air juga akan menurunkan keupayaan otak. Konsentrasi akan turun 13% dan memori jangka pendek juga turun 7%. Simptom lain yg juga disebabkan oleh kekurangan air ialah berasa terhoyong-hayang, pening, cepat marah, pitam. Jika tahap kekurangan air lebih kronik, ia akan menyebabkan badan berasa lembap, pandangan kabur, keletihan dan kecelaruan.



Mulut
Apabila kita berasa dahaga, tubuh sudah pun hilang sekurangnya 500ml air. Air liur amat bagus untuk kesihatan dan kebersihan mulut namun kekurangan air akan menjejaskan fungsinya. Kekurangan air akan menyebabkan gigi cepat rosak kerana air liur meneutralkan asid yg boleh melemahkan kekuatan gigi. Air liur juga memudahkan kita untuk menelan makanan.



Paru-paru
Kita juga kehilangan air menerusi pernafasan, setiap hari kita hilang kira-kira satu tin air dengan bernafas. Jumlah itu juga akan meningkat dengan peningkatan suhu, kekeringan udara dan juga ketinggian altitud.



Jantung
Kekurangan air juga akan menurunkan keupayaan jantung untuk mengepam darah dan juga boleh menyumbang kepada penyakit jantung.



Buah Pinggang

Buah pinggang akan mengawal jumlah air dalam badan dengan menapis darah dan membuang bahan buangan dan toksin ke air kencing dan meninggalkan nutrien dalam darah. Oleh itu buah pinggang amat memerlukan air untuk bekerja. Kekurangan air akan menyebabkan tekanan darah tinggi yang akan menyumbang kepada serangan jantung dan strok.



Perut
Air amat penting untuk diet sihat. Pengambilan air yg cukup akan mengawal selera makan. Air juga membantu penghadaman dengan menghasilkan air liur dan enzim yg menceraikan makanan. Minum air sebanyak 500ml juga dapat meningkatkan metabolisma sebanyak 30% dan menolong menukar makanan kepada tenaga. Inilah sebabnya mereka yg ingin turun berat badan disarankan untuk minum banyak air.



Pundi Kencing
Tubuh kita kehilangan air melalui pernafasan, peluh, najis dan yg paling banyak adalah melalui air kencing. Jika kita kurang buang air, itu adalah petanda yg jelas untuk kita meningkatkan pengambilan air. Minum air yg banyak akan membantu melawan penyakit batu karang dan kencing kotor.



Darah
Darah ialah 75% air dan ia amat penting kerana darah akan menyalurkan nutrien ke seluruh anggota badan. Air akan membantu penjagaan struktur sel dan menyalurkan oksigen dalam darah. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat dan badan perlu bekerja lebih untuk menyalurkannya ke seluruh badan.



Kulit
Kulit kita bertindak sebagai penyimpan air. Kekurangan air akan memberi kesan kepada rupa kulit. ia akan menjadi tak bermaya, kering, kendur, dan nampak lebih tua. Air hilang dari permukaan kulit dengan tersejat dan kadarnya akan meningkat dengan peningkatan suhu, kekeringan udara dan peningkatan altitud. Di negara cuaca panas, penyejatan air boleh mencecah 2.5 liter/jam. Air juga hilang melalui peluh akibat peningkatan aktiviti atau bersukan. Kadar kehilangan air melalui peluh adalah dalam 1-2 liter/jam



Panduan untuk pengambilan air yg cukup ialah 1L untuk setiap 25kg badan. Jika anda bersukan atau banyak berpeluh, tingkatkan pengambilan air. Mereka yg berbadan besar dan berat perlu lebih banyak mengambil air kerana lebih banyak air yg akan hilang dari badan. Selepas membaca panduan ini, fikirkanlah sendiri mana yg lebih menyusahkan, kerap kencing akibat minum air banyak atau penyakit yg datang akibat minum air kurang.



# Sumber dari http://www.wateraid.org/




0 Mata BOOooLaT sedang meMbeLiak:

hujung

Cinta HaLaL

Daisypath Anniversary tickers

KakaK

Lilypie Kids Birthday tickers

KaknGAH

Lilypie Kids Birthday tickers

Adik Baby

Lilypie Second Birthday tickers

BekhidmaT

Daisypath Anniversary tickers

Mama Sntiasa Di Hati

Lilypie Angel and Memorial tickers
 

Takdir itu milik aku !!! Template by Ipietoon Cute Blog Design