Friday, March 22, 2013

tips turun KG


Untuk menurunkan berat badan, kita kena berubah. Kita kena berkorban dari mengambil makanan yg biasa kita ambil seperti makanan bergoreng, tinggi gula, fast food dan lain-lain. Juga kita kena amal rutin sihat yg baru seperti minum air masak yg cukup, rajin bersenam dan lain-lain. Ketika mengharungi misi perubahan ini, kita akan tempuhi banyak dugaan yg akan membuatkan kita jatuh semangat. Contohnya seperti halangan keluarga, sindiran rakan, dateline kerja etc. Jom naikkan kembali semangat kita dgn tips-tips berikut:



Berkawanlah dengan orang yg positif.
Jika anda tiada kawan atau kawan yg ada asyik negatif saja, jgn risau. Anda boleh jumpa kawan-kawan baru di luar sana. Pergilah ke gym dan tegurlah mereka yg selalu bersenam di sana. Di taman rekreasi ada kumpulan yg selalu membuat senaman tai chi atau buat senamrobik, boleh sertai mereka. Juga kenalpasti mereka yg selalu berjogging atau bersenam, boleh juga tegur dan meminta tips atau nasihat dari mereka. Di Youtube pun banyak video motivasi, boleh download dan simpan di telefon, boleh dengar semasa ke kerja atau di masa lapang.



Buat baik kepada orang lain

Bukan bermaksud selama ni anda tak baik, namun jika kita lebih positif, orang di sekeliling kita juga akan jadi positif. Contohnya ibu yg positif akan maafkan anaknya yg tumpahkan air. Tapi ibu yg negatif akan marah-marah dan mungkin akan bad mood hingga ke pejabat. Mulakan hari kita dgn senyuman, tegur orang lain dan beri salam dengan ikhlas. Jika kita memberi salam dan jika ada orang lain tak jawab dan muncung sedepa, jangan kecil hati kerana ia bukan berpunca dari anda. Semua orang ada masalah peribadi masing-masing, apa yg ada dalam hati mereka Tuhan saja yg tau.



Pastikan sekeliling kita bersih
Hati yg gembira juga dipengaruhi oleh persekitaran kita. Bersihkan rumah/pejabat/bilik kita supaya kita jadi lebih tenang. Mata yg serabut, otak pun akan serabut. Rasa baru jatuh semangat? Mulakan dengan bersihkan persekitaran kita. Jika satu rumah berterabur, mulakan dengan bilik yg anda selalu gunakan.



Hargai kehidupan
Dengar lagu yg anda suka. Baca buku yg boleh meningkatkan inspirasi kita. Jalan di taman dan tengok pokok menghijau dan burung yg berkicauan. Haiwan perliharaan pun boleh menenangkan jiwa, kucing, anjing (non muslim), arnab, ikan etc. Melawat rumah anak yatim, rumah orang tua, rumah kurang upaya pun boleh meningkatkan semangat kita disamping boleh membuat amal.



Senyumlah selalu
Ini mungkin nampak kecil, tapi jika kita banyak senyum walaupun berseorangan, kita akan jadi lebih positif. Bila masak, kita senyum. Bila memandu, kita senyum. Bila di bilik air, senyum juga. Bila kita berfikir untuk membuat sesuatu, badan kita akan bergerak. Fikiran dan perbuatan ni perkara yg seiring. Jadi bila kita senyum, walaupun dibuat-buat, lama kelamaan otak kita pun akan fikir positif.



Selalu bila rasa sedih dan jatuh semangat, ingatlah bahawa anda tak bersendirian. Situasi kita boleh berubah, kita cuma perlu harungi waktu dan saat itu. Buatlah satu langkah demi satu langkah, lama kelamaan keadaan akan berubah dan kita akan capai gol yg kita impikan ;)






0 Mata BOOooLaT sedang meMbeLiak:

hujung

Cinta HaLaL

Daisypath Anniversary tickers

KakaK

Lilypie Kids Birthday tickers

KaknGAH

Lilypie Kids Birthday tickers

Adik Baby

Lilypie Second Birthday tickers

BekhidmaT

Daisypath Anniversary tickers

Mama Sntiasa Di Hati

Lilypie Angel and Memorial tickers
 

Takdir itu milik aku !!! Template by Ipietoon Cute Blog Design